Tuesday, June 30, 2009
Posted by SMKM at 2:55 AM 0 comments
Sejarah Asrama
Bangsa yang bermaruah mempunyai nilai keperibadian yang tinggi serta cintakan negara dan taat kepada pemimpin dengan perasaan yang tidak berbelah bahagi walau di mana jua berada.Bagi memertabatkan bangsa yang bermaruah ini perlu disuntik dengan kemahiran dan nilai-nilai murni supaya ia dapat menghasilkan idea-idea yang lebih inovatif, kreatif dan berkualiti. Bakat dan daya kretiviti yang dianugerah Allah kepada insan perlu dipupuk. diasuh dan diamalkan. Penguasaan ilmu kreatif setiap individu juga perlu diterjemahkan melalui ,medium yang tepat dan wajar. Justeru itu PROGRAM LIMA BINTANG di laksanakan pada tahun 1989 merupakan satu program penggerak kearah kecemerlangan Asrama harian di dalam Negeri Kedah. Ia menuntut semua pihak yang terlibat di dalam pengurusan asrama dapat membina Budaya Kerja Cemerlang.
Bagi meralisasikan Program Asrama Lima Bintang ini pihak Pengurusan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri telah telah merubah budaya kerja yang lebih afisyen yang mencakupi bidang Pengurusan dan Pentadbiran, Pengurusan Fizikal, Pengurusan Dewan Makan, Pengurusan Pembangunan Insan dan Pengurusan Keceriaan ia menjadikan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menjadi tempat yang menyeronokkan,kondusif sebagai tempat tinggal dan tempat belajar. Secara lidak langsung slogan “ Asrama ku rumah ku “ dapat direalisasikan dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat di capai untuk menjadikan penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menjadi modal insane kelas pertama.
Untuk mencapai matlamat dan objektif program ini ia memerlukan pengembelingan tenaga dan idea yang menyeluruh dan berterusan dari pihak Pengurusan Asrama, Pelajar, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Perkongsian bijak ini diharapkan menjadi penggerak dalam usaha memartabatkan pendidikan di sekolah ini dan seterusnya akan menjadi penada aras kecemerlangan bagi semua asrama sekolah di Negeri Kedah. Justeru itu pihak Pengurusan Asrama terutama tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan kepada individu yang membantu didalam pelaksanaan program ini.
Posted by SMKM at 2:52 AM 0 comments
Monday, June 29, 2009
Sunday, June 28, 2009
INOVASI
Oleh itu gejala yang tidak sihat ini perlu dibenteras melalui program yang terancang dan berkesan jika tidak ia akan mengundang masalah yang besar kepada sesebuah asrama.ini asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri ditadbirkan dengan baik walau bagaimana pun ia mempunyai beberapa kelemahan yang perlu ditingkatkan dan dimurnikan sejajar dengan matlamat program 5 bintang. Tuan Pengetua iaitu Haji Sabri bin Abdol Rahim menjadi pendokong utama di dalam tenaga penggerak untuk mengatasi beberapa kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan asrama.
Di antara aspek yang perlu di tingkat atau di murnikan ialah :
b. Budaya belajar yang sistematik
c. Arama tempat memupuk nilai-nilai murni dan kerohanian
d. Asrama adalah rumahku dan bukan sebagai rumah tumpangan atau penjara
e. Kemudahan asas yang perlu supaya pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri lebih ceria, seronok dan berdaya saing
Di dalam pengurusan kewangan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri meningkat dari masa kesemasa. Oleh itu pihak pengurusan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri menjuruskan perbelanjaan dengan cara terancang supaya ia dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Perbelanjaan mencakupi bidang-bidang berikut :
a. Bidang Pengurusan Keceriaan
b. Bidang Pengurusan Pembangunan Insan
c. Bidang Pengurusan Fizikal
d. Bidang Pengurusan Pentadbiran
e. Bidang Pengurusan Dewan Makan
Posted by SMKM at 1:51 AM 0 comments